Tuesday, July 20, 2010

Kursus Pra Perkahwinan. Susah?

Salam sejahtera and salam satu Malaysia. Post kali ni dalam Bahasa Melayu rojak, sebab aku rase lebih sesuai. Senang sikit nak cite. Anyway, baru2 ni aku ade pegi satu kursus kat Shah Alam. Kursus bukan sebarang kursus, kursus pra perkahwinan beb. Ikutkan hati, aku malas nak pegi kursus2 camni. Bukannye ape, ilmu2 agama ni aku lemah sikit, especially bab2 tajwid nih, tunggang-langgang. So segan la nak pergi kursus2 ni, kang tak pasal2 die tanye soalan pelik2, mampus ternganga tak boleh nak jawab. Tapi dah awek ajak pegi, so kena la ikut sekali. Takkan die sorang je yang nak amik kursus kahwin, macam pelik la pulak. So fine, aku pegi je la... Tengok2, kursus pra perkahwinan ni punya la senang. Memang tak payah risau ape2 pun. Kalau korang fail pendidikan Islam pun, xde masalah. Pegi je. Konfem boleh pas kursus ni. So ape yang dorang actually buat kat kursus ni? Kepada para pembaca yang masih belum mengambil kursus pra perkahwinan, yang tertanya2 apa yg korang kena buat or patut tahu, meh sini aku briefing sikit.

Anyway, kursus yang aku ambil ni anjuran bersama UiTM dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), so maybe ade a few things yang lain sikit kalau berbanding dgn kursus2 kat tempat lain.

So mule2 nak kena buat ape? Kena la tunggu mana2 agensi atau pihak menganjurkan kursus pra perkahwinan. Die bukan tiap2 hari ade. So korang kena pandai2 la cari kat internet, bile tarikh2 kursus pra perkahwinan tu akan diadakan. Biasanya die akan buat 2 hari, Sabtu ngan Ahad, sebab senang org nak pergi. And bile dah confirm kursus mana nak join, kena la register and bayar yuran. Mase aku daftar tu, die kena daftar 3 minggu sebelum kursus, sebab lepas tu pendaftaran ditutup. So kalau cadang nak pegi kursus, kena la plan awal2. Kalau nak kursus bulan 5, register la dalam bulan 4. Jangan la sehari sebelum atau seminggu sebelum kursus baru nak daftar. Kalau nak selamat, maybe sebulan sebelum kursus tu kira ok la.

Bile dah register nanti, dapat la slip mcmni. Slip ni x gune pun, tapi simpan je la, in case diperlukan. Kalau korang tgk betul2, die ade cakap "yuran pendaftaran tidak dikembalikan", so kalau dah register, tak boleh nak cancel. Kalau cancel jugak, burn la duit yuran tu. Huhu...

Resit pun dapat jugak. Aku punye anjuran UiTM and JAIS, so yuran die murah sikit, RM50 je. Kalau kat luar, paling kurang RM80.

Bile korang pegi kursus tu pada hari yang ditetapkan, korang kena daftar kehadiran kat situ. Pakaian ape pun xpe, asalkan sopan. Tak payah la pakai baju melayu siap dgn songkok dan sampin, kang orang ingat VIP mane pulak nak merasmikan majlis. Aku pegi time tu pakai t-shirt ngan jeans je. Utk perempuan pun same, xyah baju kurung pun xpe, tapi make sure sopan la. Kalau nak freehair pun boleh gak, tapi aku nasihatkan pakai tudung la, sbb takut nanti penceramah tu perli pulak mase bagi lecture. Dah sampai kat tempat mendaftar, sign je nama, pastu dapat la "goodie bag" macamni. Ade ape dlm beg ni? Jom tgk.

Ade buku2. Buku "Memasuki Gerbang Perkahwinan" tu tebal la jugak, standard tebal mcm novel la. Ade ape lagi dlm beg tu?

Yes, buku lagi. Buku2 ni aku x bace pun. By the way, ade jugak borang feedback dlm beg tu, tapi xde gambar nk tunjuk sbb dah bagi balik.

Buku nota pun die bagi jugak, in case korang nak salin important points mase lecture ataupun conteng2 lukis kartun orang lidi untuk mengelakkan mengantuk mase lecture. Kalau malas nak salin pun xpe, sebab points2 yang penting semua ada dlm buku yang die bagi. Tapi die x bagi pen, so korang bawak la pen sendiri.

Selain tu ade jugak pamphlet2 ni dlm beg tu. Senarai pamphlet:
  • Kursus Pra Perkahwinan Siri 2/2010
  • Penjelasan Ringkas Berhubung Kedudukan Wali Dalam Pernikahan
  • Prosedur Permohonan Poligami (Dalam Negeri Selangor) - yg ni budak laki kena simpan elok2 k.. hehe..
  • Jenis-jenis Pernikahan Yang Disyaratkan Mendapat Kelulusan Mahkamah
  • Perkahwinan Menyalahi Enakmen - Apakah Kesannya?
  • Prosedur Mendapatkan Kebenaran / Kelulusan Bernikah Di Negeri Selangor
  • 'Iddah - Menurut Pandangan Islam
  • Menghadapi Masalah Dalam Kehidupan
Dalam pamphlet pertama tu ade tentatif program sekali.
Kalau korang tengok kat sini, yang ade ceramah, makan, ceramah, makan. Tu je. Tapi kat tempat lain, aku dengar ade exam sebelum dapat sijil. So kalau takut nak exam, ambik je la kursus kat dalam UiTM ni. Tapi kalau orang luar aku tak pasti la boleh ke tak. Kalau nak tahu tajuk2 ceramah tu, klik je gambar tu untuk tgk gambar yg lagi besar. Penceramah dorang ok je, especially Ustaz Suhaimi (kalau x silap), die mmg terer buat lawak. Aku jenis yg susah nak gelak ni pun gelak sampai sakit perut. Dah x mcm ceramah dah, mcm tgk Raja Lawak la pulak. Penceramah lain pun ok jugak, xde yang garang ke ape pun. Semua baik2 je. By the way, dorang sediakan makanan untuk breakfast, lunch, ngan tea break. Makanan memang sedap2. Lauk 2-3 jenis, semua best. Entah la dorang cater kat mana, semua masakan panas2. Or maybe sebab sejuk and lapar setelah dengar lecture berjam2 dlm dewan kuliah yg aircon kuat tu, sbb tu makan ape pun sedap. Oh, sebelum terlupa, kalau jenis yg x tahan sejuk tu, bawak la sweater. Aku first day tak bawak sweater, so mmg terketar2 la dlm lecture hall tu.

Aku ade dengar, yang kursus pra perkahwinan ni, sijil die tahan 3 tahun la, setahun la, sampai bile2 la, etc. Yg tu aku x boleh nak confirmkan. Tapi menurut sorang ustazah ni, sijil yg kitorang dapat mmg tahan sampai bile2. Dalam salah satu pamphlet tu pun ade cakap mcmtu:
Hopefully betul la...

Lepas dengar ceramah, gelak2, makan sedap2, akhirnya dapat la sijil pra perkahwinan macam di atas ni... Bukan sijil kahwin atau sijil nikah tau. Sijil pra perkahwinan baru.. Anyway, aku dengar dorang nak buat kursus pra perkahwinan ni lain sikit di masa hadapan... dorang nak buat 3 hari 2 malam. And ade bnyk practical, bukan lecture je. Hehe... So kalau xnak amik kursus 3 hari 2 malam, baik ambik awal2. Pegi pukul 8, balik pukul 5. So kesimpulannya, kursus pra perkahwinan ni teramat la senang. Tak seperti yang aku sangkakan... Ribuan terima kasih buat pihak Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM (CITU) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekian.. :)

0 comments:

Post a Comment